Google
ServerFreak Web Hosting Solutions

Iklankan Link Di Sini Secara Percuma


E-Kamus-Malaysia

Salam sejahtera rakan usahawan Internet sekalian,

Jika anda telah memiliki laman web perniagaan Internet anda sendiri, pastinya tugas UTAMA anda kini adalah untuk mendapatkan jualan kepada produk anda.

Dan untuk mendapatkan jualan, anda perlu mempunyai pelawat sasaran anda, dengan kata lain adalah traffik.

Jika dihitung, terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk mempromosikan laman web perniagaan Internet anda ini, sekaligus dapat meningkatkan jumlah traffik ke laman web anda.

Antaranya adalah;


1. Mendaftar di forum, berforum dengan membantu ahli-ahli forum yang lain, membina kredibiliti seterusnya anda boleh mengiklankan produk anda disitu. Ataupun membuat jualan Forum Special Offer (FSO) kepada ahli forum dengan potongan harga yang hebat.

2. Mendaftar di Google Adwords atau Yahoo! Search Marketing (YSM), membuat kajian katakunci (keywords) seterusnya membida untuk mendapat tempat pengiklanan yang lebih baik. Dengan kata lain anda 'bermain' dengan pemasaran melalui Pay Per Click (PPC).

3. Menghantar link URL laman web anda ke laman direktori ber-PR (Page Rank) tinggi sekaligus dapat meningkatkan jumlah backlink yang akan membantu laman web anda mendapat senarai Top-10 di senaraian Google atau Yahoo!

4. Membeli review dari ReviewMe atau PayPerPost sekaligus mendapat satu review lengkap di blog-blog terkenal, ditulis oleh pro bloggers tentang laman web anda, seterusnya mendapat 'kesan traffik tinggi satu malam', seperti John Chow Effect.




Jika dilihat semula empat cara pemasaran diatas, anda mungkin akan sedikit mengeluh;

"Amirul, Semua Cara Diatas Perlukan Banyak Masa Saya Untuk Dilakukan . . ."

Baiklah, saya mula memahami anda. Anda mungkin mengerjakan perniagaan Internet anda secara part-time basis, dan anda mungkin tidak mempunyai masa yang terlalu banyak untuk melakukan kerja-kerja promosi seperti diatas.

Jadi, untuk kesejahteraan anda, saya telah memikirkan satu cara baru untuk anda, namun sebelum itu anda perlu berjanji pada diri anda yang cara ini untuk 'kita-kita' sahaja, okay?

Promosi = Traffik = Jualan

"Jika saya punyai sedikit sahaja masa untuk melakukan promosi, apa cadangan anda, Amirul?"

Bagus, soalan yang baik dan itu lebih bagus dari tiada masa langsung. Anda telah mula menunjukkan inisiatif anda. Inisiatif untuk membawa perniagaan Internet kepada tingkat yang seterusnya. Bak kata Mat Saleh, "You're ready to bring your (Internet) business to the next level".

Baiklah, ini jawapannya. Jawapan saya kepada anda yang mempunyai kekangan masa untuk melakukan promosi laman web perniagaan Internet anda adalah;

"Gunakan Masa Promosi Orang Lain"

Mudah, bukan?

"Hm, kalau begitu anda bermaksud saya perlu menggaji seorang pembantu sepenuh masa untuk membantu saya mempromosikan laman web sayalah, tak begitu, Amirul?"

Tidak semestinya begitu. Mungkin cara tersebut anda boleh guna, itupun jika anda mempunyai banyak wang untuk membayar gaji pembantu sepenuh masa tersebut.

Jadi, jawapan konkrit saya disini, TIDAK sama sekali.

"Kerana Saya Ada Cara Yang Lebih 'Ideal', Praktikal dan Menarik Untuk Anda . . ."

Sebelum saya mengumumkan cara tersebut, ingin saya TEGASKAN disini bahawa cara tersebut;



* Sah disisi undang-undang mana-mana negara.

* Bukanlah cara seakan-akan skim piramid dan yang hampir dengannya.

* TIDAK menindas mana-mana pihak.

* Berkonsepkan 'situasi menang-menang' (win-win situation)

* TIDAK memerlukan anda mengeluarkan modal walau sesen pun (kecuali yuran langganan Streamyx dan bil elektrik anda).

* TIDAK bersifat terlalu teknikal, sehinggakan jika anda tahu apa itu CPanel web hosting, anda akan tahu bagaimana untuk mengimplementasikan cara ini.

* Dijamin akan menjimatkan masa promosi anda sendiri. Ya, DIJAMIN!

* Akan meningkatkan bilangan pelawat ke laman web anda, walaupun anda tidak melakukan promosi anda sendiri.


"Inilah Cara Yang Anda Inginkan, Bukan?"

Memperkenalkan...