Google
ServerFreak Web Hosting Solutions

Iklankan Link Di Sini Secara Percuma


E-Kamus-Malaysia

Adsense- Boleh Letak Gambar Dekat Ads

Salam, kawan-kawan sekalian. Semoga anda semua sihat hendaknya.

Kawan-kawan sekalian, mungkin sudah ramai di antara anda semua yang mengetahui perihal Adsense. Kepada yang tidak tahu apa itu Adsense, apa kata kalau belajar lebih lanjut tentangnya?

Adsense adalah satu program yang membolehkan anda meletakkan banner (milik para pengiklan yang diuruskan oleh pihak Google) pada blog atau laman web anda. Setiap kali para pengunjung blog atau laman web anda membuat klik pada banner/ ads tersebut, anda akan mendapat duit. Ini bermakna = setiap klik adalah duit. Menarik, bukan?

Tapi, anda harus memahami polisi perjanjian pihak Google Adsense dengan sebaiknya, agar akaun Adsense anda tidak di'blacklist'. Jika sudah disenaraihitam, maka sangat-sangat payah untuk anda mendapatkan kembali hak akaun anda, malah mungkin disenarai hitam sampai bila-bila. Jadi, jangan pandang rendah pada sistem pemantauan Google ye. :)

Tetapi, tahukah anda, bahawa meletakkan imej bersebelahan "Ads for Content", akan meningkatkan kadar para pengunjung untuk klik pada ads/ banner tersebut? Ini kerana banner/ ads itu, akan kelihatan amat menarik. Malah, saya tak tahu sejak bila, aktiviti ini semakin pesat berkembang di kalangan para pengguna internet masa kini. Meletakkan imej/ gambar bersebelahan atau di atas ads untuk tujuan menarik para pengunjung blog atau laman anda untuk membuat klik pada ads tersebut. Pihak yang pakar dalam pembuatan plugin Wordpress pun turut membuat satu plugin yag diberi nama "Adsense Beautifier", bagi memudahkan ads/ banner tersebut diedit dan diletakkan gambar bersebelahannya secara automatik.

Tetapi, agak mendukacitakan, kerana perkara ini adalah larangan pihak Google Adsense. Pihak Google Adsense tidak membenarkannya. Ini kerana imej atau gambar tersebut mengelirukan para pembacakerana pembaca akan menyangka gambar tersebut adalah sebahagian daripada ads, padahal hakikat adalah sebaliknya! Walaupun ianya hanya bentuk 3 segi atau segi empat, tetapi jika disusun bersebelahan atau sejajar dengan ads, ianya TETAP Larangan. Ini adalah kenyataan rasmi pihak mereka di blog rasmi mereka.

Jadi, saya harap anda semua berhati-hati dengan perkara ini. Saya dulu pun, pernah buat sekali. Tapi, tak sampai 3 jam saya guna Plugin Adsense Beautifier tersebut, saya terbaca kenyataan rasmi pihak Google Adsense berkenaan perkara tersebut. Maka, terpaksalah saya cepat-cepat memperbetulkannya semula. Sekian.. -- www.blogsendiri.com/blog




About the Author

Ahmad Mawardi,
Mawardee@blogsendiri.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
www.internet-crazy.com -Blog for web hosting, web designs & wordpress tools.
www.blogsendiri.com/blog - forum perniagaan internet Malaysia

Masih baru dalam perniagaan internet, internet marketing dan program buat internet di internet. Harapan beliau agar beliau berjaya dalam bidang tersebut bersama-sama anda semua.